WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Agong Dipersembah Taklimat Pelaksanaan Sambutan Hari Kebangsaan 2024

27/08/2024 12:15 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Menurut hantaran dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat berkenaan dipersembahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung di Dataran Putrajaya Sabtu ini.

Semalam, Fahmi berkata pelbagai aspek sambutan akan disembah maklum termasuk berkaitan laluan yang boleh digunakan orang ramai serta pengangkutan awam yang disediakan, seperti water taxi percuma yang akan beroperasi dari beberapa lokasi di sekitar Tasik Putrajaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan