BERITA TERKINI   Penerbangan MH8110 bawa 278 jemaah haji terpaksa mendarat di Oman susulan isu teknikal- TH | 

Terdapat 471 berita berdasarkan kata kunci carian " bank pusat"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (COMEX) yang lebih lemah, apabila pelabur memahami pendirian agresif bank pusat utama terhadap inflasi. 

Setiausaha Syarikat Didenda RM50,000 Langgar AMLA, Kemuka Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang setiausaha syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar peruntukan antipengubahan wang haram serta mengemukakan maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini berikutan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Pada US$126.61 Bilion Setakat Akhir Mac 2026

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.

Affin Bank Jangka Kebangkitan Semula Kitaran Pelaburan Malaysia Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 22 April  (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$128.8 Bilion Pada 15 April 2026

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.8 bilion pada 15 April 2026. 

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan berita bahawa gencatan senjata antara AS-Iran yang sepatutnya dijangka tamat hari ini telah dilanjutkan untuk membolehkan rundingan dengan Iran dimuktamadkan.

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama Malaysia 5.3 Peratus Satu Kejutan Positif - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 dilihat sebagai satu kejutan positif, menurut ahli ekonomi.

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih RM470.3 Juta

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Syor ADB Mengenai Kemudahan US$30 Bilion Antara Hasil Mesyuarat AFMGM Ke-13 -- MOF

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Harga Minyak Meningkat Ketika pasaran Memantau Gencatan Senjata AS-Iran, Isu Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Harga minyak meningkat menghampiri US$100 setong dalam persekitaran ketidaktentuan yang berlarutan mengenai gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)- Iran selama dua minggu dan penutupan semula Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.