Terdapat 1092 berita berdasarkan kata kunci carian " laporan"

Stok Minyak Sawit Malaysia Naik 1.71 Peratus Kepada 2.30 Juta Tan Pada April 2026 -- MPOB

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.71 peratus atau 38,900 tan, kepada 2.30 juta tan pada April 2026 daripada 2.27 juta sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM95.2 Juta - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Rundingan Damai Asia Barat Sedang Berlangsung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pelabur memantau rundingan damai yang sedang berlangsung berhubung krisis di Asia Barat, kata penganalisis.

IEM Laksana Dua Langkah Tangani Impak Krisis Bekalan Global

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Institut Jurutera Malaysia (IEM) telah mengeluarkan Laporan Tinjauan Impak Kejuruteraan bagi menangani impak krisis bekalan global susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat baru-baru ini.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu depan susulan penurunan harga minyak mentah di bawah AS$100 setong, kata seorang peniaga.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.90–RM3.95 Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Trump-Xi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) --  Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Laporan NFP AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives  ditutup rendah pada Jumaat apabila pasaran kekal berhati-hati sebelum laporan penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Jumaat, didorong harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan gangguan cuaca hujan di negara pengeluar utama, kata peniaga.

Pulau Pinang Kekal Enjin Ekonomi Negara, Catat Pelaburan RM63.96 Bilion Pada 2025 - TYT

GEORGE TOWN, 8 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara enjin utama pertumbuhan ekonomi negara apabila berjaya mengekalkan momentum kukuh dalam sektor pelaburan, perdagangan dan ekonomi digital sepanjang tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman OPR

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh minat belian dalam saham perbankan dan kewangan menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, sejajar dengan peningkatan semalaman di Wall Street.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sedikit Dipengaruhi Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah sedikit pada Rabu, dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan susulan konflik di Asia Barat, meskipun berlaku aliran meningkat dalam niaga hadapan getah serantau.