11jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- TMK Chemical Bhd bercadang untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), tidak termasuk aset tertentu, daripada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga pembelian indikatif RM920 juta.
11jam ago
JAKARTA, 12 Jun (Bernama) -- Dana kekayaan negara Indonesia, Danantara Indonesia mengumpul dana sebanyak US$1.5 bilion (US$1 = RM4.05) melalui penawaran bon antarabangsa pertamanya, menarik permintaan kira-kira US$4.6 bilion, lebih tiga kali ganda daripada jumlah terbitan.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar dilantik sebagai Lembaga Gabenor Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) semasa mesyuarat agung tahunannya yang ke-82 di Rio de Janeiro, Brazil.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus tahun ke tahun pada April 2026 dengan pertumbuhan tertinggi sejak September 2022 disokong oleh pengembangan dalam semua sektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM175.0 bilion pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
21jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada Wall Street, yang mencatatkan kenaikan mendadak diterajui oleh saham teknologi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat kenyataan positif mengenai prospek perjanjian di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Program Bank Rakyat BizMatch: Make Malaysian Businesses Great yang berlangsung di Tokyo, Jepun sempena Nikkei Forum Future of Asia 2026 berpotensi menjana urus niaga melebihi RM500 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia mempamerkan ekosistem mobiliti paling komprehensif pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 dari 12 hingga 21 Jun, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, Jun 11 (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan kekal menarik minat yang tinggi meskipun berdepan cabaran rantaian bekalan dan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menyusut sebanyak 8.8 peratus kepada 18,515 tan pada April 2026 daripada 20,310 tan pada Mac 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pemilik perniagaan perlu menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu tugas mereka dan tidak boleh menyerahkan proses penilaian dan pertimbangan akhir kepada teknologi tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil.
2hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.