1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum meningkat empat hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini susulan peniaga terus berhati-hati terhadap dasar baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mengekalkan mata wang AS itu pada paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Etiqa Life Insurance Bhd (ELIB) mengumumkan pelantikan Leong Su Yern sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian interim (IA) ketiga dengan Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) bagi lanjutan operasi selama 12 bulan di Pelabuhan Bintulu.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir 2024 berikutan permintaan yang meningkat terhadap mata wang selamat itu dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang berlarutan.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- MBSB Bhd melantik Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Bhd baharu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk menyokong pelabur di setiap peringkat ke arah mewujudkan landskap pelaburan yang lebih kukuh dan bersepadu.