5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan ketidaktentuan mengenai potensi penurunan kadar faedah.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu disebabkan aktiviti pembelian saat-saat akhir dalam beberapa saham utama yang diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan kewangan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadual berlangsung malam ini, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila para pedagang pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, kata seorang ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama serta di peringkat serantau yang didorong oleh ketegangan perdagangan global yang kian mereda, sekali gus meningkatkan sentimen pelabur, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini dalam sentimen berhati-hati berikutan peniaga menantikan kejelasan mengenai kemungkinan lanjutan gencatan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka berlegar antara RM4.22 dan RM4.24 minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan AS (fed) dijangka mengekalkan kadar dasarnya, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama dalam tempoh separuh pertama 2025, menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) dan tidak memenuhi jangkaan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedahnya.