Terdapat 1919 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluar"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat disebabkan kerajaan Indonesia memberi penjelasan mengenai program biodieselnya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan data aktiviti perkilangan global yang tidak memberangsangkan menandakan prospek ekonomi yang tidak menentu, kata seorang peniaga.

AmBank Lulus Pembiayaan RM498.6 Juta Untuk ProTT

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kumpulan AmBank meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM498.6 juta kepada Projek Tetap Teguh Sdn Bhd (ProTT) bagi pembangunan sistem penyimpanan dan pengambilan automatik (ASRS) gudang di Valdor, Pulau Pinang.

Tiada Pembayaran IPG Bagi Disember 2024 - LGM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump dan lateks tidak teraktif bagi Disember 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

MSPO 2.0 Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Pengeluaran Minyak Sawit Mampan - MPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan menguatkan kedudukannya di pasaran global, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

CPOPC Alu-alukan Papua New Guinea Sebagai Negara Anggota Keempat

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengalu-alukan kehadiran Papua New Guinea yang kini rasmi sebagai negara anggota keempatnya.

PMI Pembuatan Malaysia Pada Disember Susut Kepada 48.6 – S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim susut kepada 48.6 pada Disember 2024 daripada 49.2 pada November, dengan peningkatan kos pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat tahun setengah, sejak Jun 2020.

KSI Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).

Maybank IB Unjur Harga Minyak Mentah US$70 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.

Ekonomi Singapura Berkembang 4.3 Peratus Pada Suku Keempat 2024 - MTI

SINGAPURA, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2024, lebih perlahan daripada pengembangan 5.4 peratus pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal daripada Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).

Malaysia Laksana MSPO 2.0 Untuk Pertingkat Piawaian Minyak Sawit Mampan

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) berkuat kuasa secara rasmi hari ini, memperkenalkan garis panduan yang lebih tegas mengenai kemampanan, kebolehkesanan dan amalan etika dalam pengeluaran minyak sawit.

MYMBN Belum Nilai Sepenuhnya Impak Kewangan Eksport Sarang Burung Ke China Digantung Sementara

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemproses sarang burung MYMBN Bhd masih belum menilai sepenuhnya impak kewangan susulan daripada penggantungan sementara eksport produk sarang burung ke China.