Terdapat 392 berita berdasarkan kata kunci carian " penurunan kadar"

Bursa Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dan dijangka menghampiri paras 1,600 hari ini selepas momentum Wall Street semalaman yang positif didorong oleh harapan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain musim pelaporan pendapatan korporat yang kukuh,  kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Mendatar Didorong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur berhati-hati selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat spekulasi yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah AS.

Niaga Hadapan Emas Pulih Semula Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih semula untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu.

Ringgit Terus Meningkat Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Dolar AS Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut berikutan kedudukan selamat dolar AS yang semakin lemah selepas data Julai Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) mencatat angka lebih rendah daripada jangkaan, menguatkan andaian kepada penurunan kadar faedah pada September.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Empat Bulan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh penurunan 0.43 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.097 selepas kadar inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Kekal Dengan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan meneruskan trend meningkat sejak Jumaat lepas, kata peniaga.

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Jumaat, meneruskan penurunan berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Pasaran Serantau

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang September

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September, daripada paras semasa didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).