Terdapat 813 berita berdasarkan kata kunci carian " import"

Petronas Jadikan Gas Sebagai Teras Dalam Peralihan Tenaga Asia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya. 

Mesyuarat WGSITS12 Platform ASEAN Perkukuh Kerjasama Seiring Piawaian Global -- DOSM

SEREMBAN, 10 Sept (Bernama) -- Sesi Mesyuarat ke-12 Kumpulan Kerja mengenai Statistik Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (WGSITS12) pada 8-9 September lepas, menjadi platform penting ASEAN dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama.

Petronas Meterai Perjanjian Bekalan LNG Selama 15 Tahun Dengan Woodside

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli selama 15 tahun dengan Woodside Energy Trading Singapore Pte Ltd bagi membekalkan satu juta tan setahun (Mtpa) gas asli cecair (LNG) ke Malaysia bermula 2028.

Finland Intai Lebih Banyak Peluang Perniagaan Di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Finland sedang mengintai lebih banyak peluang perniagaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menunjukkan minatnya yang semakin meningkat untuk berkembang di Malaysia.

Dewan Negara Lulus Pindaan Undang-undang Anti-lambakan, Lindungi Industri Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, yang bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil dari negara luar.

Pengeluaran MSM Malaysia Naik 2.35 Peratus Pada Ogos, Eksport Minyak Sawit Turun 0.29 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat sebanyak 2.35 peratus bulan ke bulan kepada 1.86 juta tan pada Ogos daripada 1.81 juta tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122.7 Bilion Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.

Syarikat Malaysia Peroleh Jualan RM125 Juta Di Afrika - MATRADE

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia memperoleh jualan bernilai lebih RM125 juta termasuk RM13.6 juta dalam urus niaga disahkan semasa Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Afrika Selatan dan Kenya dari 1 hingga 5 September, 2025.

Insentif Fiskal, Kawal Selia Kukuh CCUS Tingkat Daya Tarikan Pelaburan Malaysia - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) --Rangka kerja kawal selia Malaysia yang kukuh dan insentif fiskal bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) meningkatkan daya tarikan bagi pelaburan jangka pendek dan pembangunan projek di negara ini.

Harga Jualan Kenderaan Ditentukan Pasaran, Bukan Dikawal Kerajaan - MITI

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Harga jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan dan ia ditentukan oleh pasaran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Sasar Pelbagaikan Rantaian Bekalan Dalam Sektor Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dalam sektor semikonduktor demi memastikan pelaburan asing dan tempatan kekal kukuh dan berdaya tahan. 

Kerajaan Tidak Kompromi Isu Halal, Hanya Iktiraf Sijil AS Patuh Piawaian JAKIM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan tidak berkompromi dalam isu standard halal tetapi memudah cara kemasukan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas ke Malaysia dengan mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi standard halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).