BERITA TERKINI   PPP kini diiktiraf sebagai sebuah parti komponen BN - Ahmad Zahid | Serpihan dipercayai milik pesawat peronda yang hilang ditemukan oleh pasukan darat - Pasukan SAR Makassar | Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Jeddah pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung - Suami | 

Terdapat 556 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Pasaran Serantau

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

MIDA, MUFG Bank Jalin Kerjasama Pacu Pelaburan Bernilai Tinggi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan anak syarikat perbankan global, MUFG Bank (Malaysia) Bhd menjalin kerjasama strategik untuk memacu pelaburan bernilai tinggi di Malaysia.

Ringgit Meningkat Didorong Jangkaan Tinggi Penurunan Kadar AS

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, terus mencatat kenaikan selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) mengukuhkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan yang akan datang, kata ahli ekonomi.

Kerajaan Sedang Pertimbang Naikkan Cukai Tembakau -- PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Ogos  (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AGM : Barisan Kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Labuan Kekal

LABUAN, 5 Ogos (Bernama) -- Barisan pimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (DPIM WP Labuan) telah dilantik semula tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunannya (AGM) bagi 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US pada Isnin susulan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, seterusnya mempengaruhi jangkaan pasaran terhadap Rizab Persektuan (Fed) AS.

Peruncit Tempatan Teruskan Pembelian, Catat Aliran Masuk Ekuiti Bersih RM114.4 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Peruncit Malaysia meneruskan aktiviti pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut minggu lepas dan mencatatkan aliran masuk ekuiti bersih berjumlah RM114.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan impak daripada perang tarif Presiden AS Donald Trump.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan harapan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang akan datang meningkat selepas data terkini menunjukkan pasaran tenaga kerja AS lemah, kata ahli ekonomi.

Ringgit Sekitar 4.25-4.26 Berbanding Dolar AS Susulan Potensi Fed Turun Kadar Faedah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.25 hingga 4.26 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, berikutan data Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP) negara maju itu bagi Julai yang lebih lemah daripada jangkaan awal.

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Tarif AS Turun, Perbahasan RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.