Terdapat 771 berita berdasarkan kata kunci carian "geopolitik"

FMM Unjur Sektor Pembuatan Catat Prestasi Lemah Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

BRICS, Rakan Kerjasama Perlu Segera Wujud Pekerjaan, Teknologi Untuk Golongan Bawahan - Liew

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- BRICS dan negara rakan kerjasamanya perlu menumpukan kepada misi kolektif untuk mewujudkan teknologi dan pekerjaan serta  kesejahteraan bagi golongan bawahan penduduk dunia, dan usaha ini memerlukan tindakan segera.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Didorong Jangkaan Dasar Fed Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh gabungan faktor luaran termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu mengamalkan dasar yang lebih akomodatif, kata penganalisis.

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Lemah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah minggu depan, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah dalam minggu yang dipendekkan dengan cuti umum.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh sentimen yang lebih lemah dalam niaga hadapan depan getah serantau di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta ketidakpastian yang berterusan terhadap keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Petronas Jadikan Gas Sebagai Teras Dalam Peralihan Tenaga Asia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh kemerosotan harga minyak berikutan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Atasi Singapura Dan Thailand - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Pasaran Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan petunjuk yang lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

ASEAN Tawar Peluang Luas Untuk Pelaburan Berimpak Tinggi - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Harga Minyak Melonjak Susulan Laporan Serangan Israel Di Doha

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Harga minyak melonjak susulan laporan Doha, ibu negara Qatar, menjadi sasaran serangan udara Israel atas alasan menyasarkan pemimpin Hamas.

Ekonomi Kekal Kukuh Tatkala OPR Tidak Berubah Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).