BERITA TERKINI   Kerajaan negeri perlu patuhi ketetapan berkaitan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah - PM Anwar | 

Terdapat 2794 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jumlah Dagangan Melonjak Kepada 36 Lot

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada akhir dagangan Jumaat, menjelang pengumuman laporan senarai gaji bukan perladangan pada lewat hari ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.

Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Saham Teknologi, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Terus Meningkat Bagi Hari Keempat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Agrobank Sasar 80,000 Peserta Bagi Kempen Mega Million 2.0

SUBANG JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 Nov, 2024 hingga 31 Okt, 2025.

Proton Mulakan Pembinaan Kilang Pemasangan EV Pertama Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Minat Belian Berterusan, Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Sesi Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Jumaat, dipacu minat belian berterusan dalam saham mewah terpilih yang didahului oleh kaunter utiliti dan perbankan, kata penganalisis.

Seiring Penjenamaan Semula, Subi Tawar Tujuh Produk Makanan Laut Sejuk Beku

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Jenama makanan laut sejuk beku Subi yang bertapak sejak 1998, kini menampilkan penjenamaan semula bagi tujuh produknya yang seiring keinginan pengguna moden yang sentiasa berubah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh SD Guthrie dan Tenaga Nasional, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot sedikit hari ini apabila pasaran berehat selepas berlaku kenaikan semalam.

Khazanah Garis Tiga Tonggak Perkukuh Operasi Masa Depan MAHB

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd menggariskan tiga tonggak untuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkatkan operasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Kadar Caruman Rendah KWSP Bagi Pekerja Asing Bantu Kurangkan Perbelanjaan Gaji

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratus berbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.