Terdapat 558 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Pasaran Tunggu Pengumuman Langkah Fiskal Bagi Ringankan Kos Sara Hidup - CIMB Investment

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran sedang menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah fiskal pada minggu ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan inisiatif yang bakal diumumkan sebagai "penghargaan luar biasa" bagi meringankan tekanan kos sara hidup, kata CIMB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dijangka Kekalkan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan kecenderungan meningkat minggu hadapan, didorong minat belian baharu yang dilihat sejak dua sesi dagangan lepas, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus mendapat sokongan dan meningkat minggu depan dengan julat harga lebih kukuh US$3,320 hingga US$3,380 bagi setiap auns troy, kecuali berlaku perubahan mendadak dalam sentimen pasaran bon.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Didagangkan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, menjejaki pasaran tunai.

Anggaran KDNK Suku Kedua Pada 4.5 Peratus, Atasi Unjuran, Pamer Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ancaman Tarif AS Ke Atas Eropah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini ketika ancaman berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) terus menyokong harga logam berharga itu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan penyusutan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Dibuka Hampir Mendatar Tetapi Meningkat Semula Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan dasar perdagangan perlindungan Amerika Syarikat (AS) baharu yang terus mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Untuk Minggu Kelapan Berturut-turut - MIDF

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan terus mencatatkan aliran belian untuk minggu kelapan berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.