4bulan ago
SEPANG, 18 Sept (Bernama) -- Malaysia dan China sedang memperkukuh perdagangan serantau menerusi perkongsian kargo strategik yang meletakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab serantau terkemuka untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung yang menyaksikannya kembali di bawah paras psikologi 1,600 selain prestasi suram saham wajaran tinggi terpilih perbankan, utiliti dan berkaitan Petronas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Penerbangan MH2610 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mencipta sejarah tersendiri apabila dioperasikan sepenuhnya oleh petugas wanita, yang melibatkan operasi di darat sehingga ke kokpit.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan membantu Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Rabu dengan indeks utama mengukuhkan kedudukannya melepasi paras psikologi 1,600.
4bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KUNMING (CHINA), 16 Sept (Bernama) -- Forum Kerjasama Media Belt and Road 2025 bermula hari ini, menghimpunkan lebih 200 wakil daripada 87 negara, pertubuhan antarabangsa dan serantau, serta 165 agensi media dan institusi dari seluruh dunia.
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- China Shengzhiyuan Intelligent Technology Co. Ltd. menyasarkan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 17 hingga 19 Sept sebagai platform untuk memperluas pasaran di Malaysia.
4bulan ago
Daripada Rohani Mohd Ibrahim
NANNING (China), 15 Sept (Bernama) -- Nanning memberi tumpuan kepada peranan dan misi baharu yang diamanahkan kerajaan untuk membina sebuah metropolis antarabangsa bagi kerjasama terbuka dengan ASEAN dan menubuhkan Zon Integrasi dan Pembangunan Industri Rentas Sempadan China-ASEAN, menurut Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Guangxi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pelabuhan Kuantan akan menjadi pangkalan penting bagi perdagangan dengan China serta kawasan pantai Thailand, Laos dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan selama tiga hari manakala kebanyakan indeks serantau ditutup lebih tinggi selepas inflasi harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lebih perlahan berbanding jangkaan.