5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melakar hala tuju pertumbuhannya yang berwawasan menerusi rancangan mengembangkan lagi barisan kemudahan pemasangan, memacu eksport dan meningkatkan kapasiti pengeluarannya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, meningkat semula selepas mencatatkan penurunan selama dua sesi dagangan berturut-turut dalam kebimbangan mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi domestik dan global.
5bulan ago
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal khususnya untuk mengawal selia e-dagang bagi memastikan ia lebih tersusun dan efektif di peringkat nasional.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Panduan yang jelas serta tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur selain mencegah gangguan dalam rantaian pembekalan yang diintegrasikan dengan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Khamis, dipacu minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam sektor utiliti dan teknologi di tengah-tengah pasaran serantau yang kukuh.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Transaksi dagangan saham Malayan United Industries Bhd (MUIB) akan digantung pada jam 9 pagi hingga 5 petang esok sementara menunggu pengumuman penting syarikat itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 menyasarkan untuk meraih lebih RM200 juta menerusi perjanjian inovasi dan pelaburan dalam acara dua hari yang berlangsung pada 25 hingga 26 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sektor kewangan perlu terus kekal sebagai asas transformasi Malaysia apabila negara memasuki lembaran agenda pembangunan seterusnya berlandaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.