BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu 1-0 Penang | Liga Super: Negeri Sembilan 0-4 JDT | 

Terdapat 1052 berita berdasarkan kata kunci carian "kuala lumpur"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata peniaga.

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.

Sentosa Jaya Capital Lancar Platform Saham2u, Revolusi Pembiayaan Pelaburan Atas Talian

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Kerajaan Diminta Beri Pencerahan Mengenai Caruman KWSP Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini. 

Belanjawan 2025 Letak Malaysia Sebagai Peneraju Serantau Dalam Inovasi AI - MyDigital Corp

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dipacu kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup, kata MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp).

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$119.6 Bilion Pada 15 Okt 2024

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$119.6 bilion pada 15 Okt, 2024 berbanding dengan US$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024.

Gamuda Raih Kontrak Bernilai RM4.3 Bilion untuk Projek MRT Xizhi Donghu Di Taiwan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd, bersama dengan dua syarikat berpangkalan di Taiwan, MiTAC Information Technology Corp dan Dong Pi Co, Ltd, meraih kontrak reka bentuk dan pembinaan siap guna bernilai RM4.3 bilion untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Xizhi Donghu di Taiwan.

TNB Dijangka Raih Pulangan Stabil Daripada Loji Janakuasa Hidro Menerusi HLEP

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka mencatat pulangan stabil berterusan daripada loji janakuasa hidro susulan pelaksanaan Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP).

Belanjawan 2025 Beri Sokongan Padu Terhadap Sektor Semikonduktor - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Laksanakan Analisis Faedah Kos Bagi Penyasaran Subsidi - Rafidah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos bagi memastikan setiap perancangan dapat memberi manfaat kepada rakyat. 

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia turun sedikit pada tengah hari ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati di pasaran serantau.