BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan The Real Warriors FC  1-2 Selangor FC   | Piala Malaysia: UM-Damansara United 0-2 Terengganu FC | 

Terdapat 2817 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia "

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.14 Peratus

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terjejas oleh aktiviti pengambilan untung susulan prestasi kukuhnya baru-baru ini, dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.14 peratus.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Lebih Rendah Ketika Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini lebih rendah ketika aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi hari ini, menjejaki pasaran tunai asas yang kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi Paras 1,720

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street dan sentimen tempatan yang lebih baik menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 yang akan dikeluarkan hari ini.

Chin Hin Group Property Batal SSA RM74 Juta Ekoran Pembeli Gagal Peroleh Pembiayaan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) membatalkan perjanjian penjualan saham (SSA) untuk menjual pegangannya dalam empat syarikat bernilai RM74 juta.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penangguhan Mandat Biodiesel B50 Indonesia

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas oleh keputusan Indonesia untuk menangguhkan pengenalan mandat biodiesel B50.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh selepas Presiden Donald Trump dilihat tidak mempunyai perancangan untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan sedia ada.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup dalam dagangan bercampur-campur hari ini meskipun prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini. 

Maybank IB Unjur FBM KLCI Cecah 1,730 Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Sasar Margin Meningkat Susulan Kos Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia dijangka terus memaparkan perkembangan positif dalam struktur kos lebih rendah yang diterjemahkan kepada peningkatan margin serta keuntungan bersih lebih kukuh dalam memasuki tahun 2026.