BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI kukuh, terus laksana agenda pembangunan negara - PM Anwar | 

Terdapat 43 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia madani"

Malaysia Tumpu Tarik Pelaburan Teknologi Tinggi, RM190 Bilion Diluluskan Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu dengan nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.

Kadar SAC Dan CAC Diselaras, Pacu Akses Bekalan Elektrik Hijau Pengguna Korporat

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.

NanoMalaysia Memeterai MoU Dengan Tiga Syarikat, Teroka Penggunaan Sisa Pertanian

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meneroka penggunaan sisa pertanian dalam menghasilkan gentian nano selulosa untuk aplikasi kejuruteraan lanjutan untuk penggunaan pasaran perindustrian dan akhir.

Felda Lantik Semula Ahmad Shabery Cheek Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi.

Lawatan TPM Fadillah Ke Uzbekistan, Rusia Perluas Jaringan Strategik Sektor Tenaga, Air

TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Malaysia Techlympics 2025 Sasar Tarik 1.7 Juta Penyertaan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk menarik seramai 1.7 juta penyertaan individu bagi Malaysia Techlympics 2025, dan bakal meluaskan penyertaannya kepada peserta antarabangsa dalam pertandingan sains, teknologi dan inovasi (STI) itu.

TPM Fadillah Akan Rasmi Pavilion Malaysia Di Expo 2025 Osaka

Daripada Karina Imran

OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.

Malaysia Pada Kedudukan Strategik Pacu Perdagangan Rentas Wilayah - Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu perdagangan rentas wilayah, memperkukuh rantaian bekalan serantau dan memajukan pembangunan infrastruktur yang mampan, mengambil kira skala ekonomi gabungan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China yang sangat besar.

Malaysia Nyata Komitmen Teguh Terhadap Keselamatan Tenaga Di London

Oleh Salawaty Supardi

LONDON, 26 April (Bernama) -- Malaysia menyatakan komitmen teguh terhadap keselamatan serta peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat global seiring dengan aspirasi dunia untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.

Tarif AS Beri Peluang Malaysia Rombak Strategi Perkukuh Ekonomi Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat memberi peluang kepada Malaysia untuk merombak strategi dalam memacukan lagi pengukuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bank Rakyat Lantik Ahmad Shahril Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.

INSKEN Sasar Bantu 25,000 Usahawan Mikro Dan Informal Tahun Ini

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) --  Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) menyasarkan untuk membantu sehingga 25,000 usahawan di seluruh negara melalui 198 program latihan dan bimbingan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.