Terdapat 503 berita berdasarkan kata kunci carian " penilaian "

Sentimen Global Lemah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Perjanjian ART Akan Berkuat Kuasa Selepas Malaysia, AS Bertukar Notis Bertulis

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

MITI Laksana Pemantauan, Pastikan Penggunaan Produk Tempatan Beri Impak Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi penekanan kepada pengukuran dan pemantauan berasaskan hasil melalui Kerangka Insentif Baharu (NIF) untuk memastikan penggunaan produk tempatan dalam projek pelaburan memberi impak sebenar kepada ekonomi domestik.

Propel Global Meterai MOU Dengan Sabah Energy, Reservoir Link Bangunkan Loji Jana Kuasa Gas Modular

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Propel Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Reservoir Link Energy Bhd bagi meneroka pembangunan loji jana kuasa gas modular di Sabah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain serta unit serantau ASEAN pada Selasa, terus dipacu oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Ringgit Meningkat Semula Kepada 3.9190 Didorong Ketidaktentuan Di AS

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka dengan meningkat semula berbanding dolar AS pada Jumaat didorong ketidaktentuan yang berterusan di Amerika Syarikat (AS) yang terus menjejaskan mata wangnya, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

MITI Bakal Laksana Kerangka Insentif Baharu Bermula Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Niaga Hadapan Emas Meneruskan Kenaikan Berikutan Permintaan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan keuntungan yang dicatatkan dalam niaga hadapan emas Comex AS apabila pelabur terus beralih kepada aset selamat.

Untung Bersih KLCCP Stapled Group Naik Kepada RM1.28 Bilion Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- KLCCP Stapled Group yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi kepada RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM1.02 bilion pada tahun sebelumnya.