BERITA TERKINI   Petronas mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah dijamin tersedia sehingga akhir Jun 2026 | 5E Resources mula berdagang di Pasaran ACE, dibuka pada 28 sen, iaitu premium dua sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 36.22 juta saham diniagakan | 

Terdapat 2587 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi"

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Penumpang AirAsia X Meningkat Kepada 18.9 Juta Dalam Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.

Kerajaan Beri Amaran Kepada Syarikat Korporat, Industri Beli Minyak Pada Harga Pam - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan memberi amaran untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat korporat dan industri yang bertindak membeli minyak pada harga pam secara diam-diam, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sunsuria Tingkatkan Pegangan Dalam KL City Gateway Kepada 61 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sunsuria Bhd selesai mengambil alih kepentingan ekuiti tambahan sebanyak 41.00 peratus dalam KL City Gateway Sdn Bhd (KLCG) sekali gus meningkatkan pegangan sahamnya daripada 20 peratus kepada 61 peratus.

Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.

Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Naik 5.3 Peratus Kepada RM156.3 Bilion Pada Februari - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Februari 2026 mencatatkan jualan sebanyak RM156.3 bilion, mencerminkan pertumbuhan 5.3 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang positif menjelang rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Pakistan hujung minggu ini.

Pembiayaan Kos Rendah Hingga RM5 Bilion Bagi Memacu Pertumbuhan, Transformasi PKS

GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pembiayaan kos rendah sehingga RM5 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memacu pertumbuhan dan transformasi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Transaksi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dan menjejaki prestasi pasaran logam berharga itu di COMEX, Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan FTSE KLCI Ditutup Rendah, Seiring Dengan Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.