BERITA TERKINI   PM Anwar menekankan peluasan kerjasama akademik dan penyelidikan Malaysia-Jepun | Malaysia sedang meningkatkan tumpuan kepada elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta pelaburan dalam teknologi kuantum - PM Anwar | PM Anwar menggesa syarikat Jepun mengembangkan pelaburan dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia | BN sedia tanding solo pada PRN Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | BN tidak berhasrat hidupkan semula Muafakat Nasional - Ahmad Zahid | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysian re"

Petronas Hantar Bahan Api Penerbangan Mampan Pertama Buatan Malaysia Ke KLIA

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menghantar bahan api penerbangan mampan (SAF) pertama buatan Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk Malaysia Aviation Group (MAG), menandakan keupayaan buatan tempatan dan kesediaannya untuk menyediakan bekalan berterusan dan berskala di negara ini.

PTV 3.0 Bermula Semalam, Bolehkan Penerima STR Rancang Kewangan Yang Baik, Perlindungan Keluarga

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV), inisiatif kerjasama awam-swasta antara kerajaan dengan industri insurans dan takaful, kini memasuki fasa ketiga dengan pelancaran program PTV 3.0 bermula semalam.

Malaysia Sasar Jadi Antara 20 Ekonomi Teratas AI Menjelang 2030 - Chang

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 ekonomi teratas dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di dunia menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025 dengan sumbangan melebihi RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ipoh Sentral Terajui Perubahan Ipoh Dengan Hab Pengangkutan Moden Dan Inisiatif Bandar Pintar

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.

Malaysian Re Raih Dua Anugerah Prestij Di Insurance Asia Awards 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) meraih dua anugerah utama di Insurance Asia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap insurans semula ASEAN.

Perbelanjaan Kesihatan Malaysia 4.0 Peratus Daripada KDNK, Kekurangan Dana Satu Cabaran

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kekurangan dana dalam sektor kesihatan awam Malaysia kekal sebagai cabaran utama, dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).

MNRB Lantik Sulaiman Mohd Tahir Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Nilai Perolehan Kontrak MRCB Tahun Ini Dijangka Naik Antara RM4 Bilion-RM5 Bilion - HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.

Anak Syarikat MRCB Terlibat Dalam Usaha Sama Bina Hospital Di Melaka

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), MRCB Land Sdn Bhd, terlibat dalam usaha sama untuk membina sebuah hospital di Melaka.

MRCB, ISSB Meterai Kerjasama Bangun Ipoh Sentral

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Country Annexe Sdn Bhd memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) bagi membangunkan Ipoh Sentral.