Terdapat 770 berita berdasarkan kata kunci carian "geopolitik"

Kedudukan ASEAN Sebagai Kuasa Ekonomi Serantau Kekal Utuh - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kedudukan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang berkembang pesat kekal utuh, begitu juga komitmennya untuk meningkatkan integrasi ekonomi termasuk dalam bidang kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

IMF Naik Taraf Jangkaan Pertumbuhan Global Dalam Unjuran Terbaharu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh trend menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bekalan Makanan Haiwan Peliharaan Di Malaysia Masih Stabil Meskipun Ketegangan Thai-Kemboja

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang masih berterusan tidak dijangka menjejaskan bekalan makanan haiwan peliharaan berasaskan tuna di Malaysia buat masa ini.

Bank Negara Semak Semula Unjuran KDNK 2025 Pada 4.0-4.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) --  Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula  unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat menjelang tarikh akhir 1 Ogos bagi kemungkinan pengenaan tarif baharu ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Tarif AS Terhadap Malaysia Boleh Dikurangkan Kepada 11-15 Peratus - CGS International

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International.

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus mendapat sokongan dan meningkat minggu depan dengan julat harga lebih kukuh US$3,320 hingga US$3,380 bagi setiap auns troy, kecuali berlaku perubahan mendadak dalam sentimen pasaran bon.