11bulan ago
KOTA KINABALU, 23 Jan (Bernama) — Pengisytiharan Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) adalah satu langkah strategik yang mampu membawa potensi luar biasa kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) hari ini menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semakin hampir untuk dimuktamadkan apabila penerimaan tawaran sah setakat ini telah mencapai 86.5 peratus, kata seorang penganalisis bank asing.
11bulan ago
KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) telah mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
11bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Jan (Bernama) -- Eleganz Lifestyle Sdn Bhd, sebahagian daripada unit Kumpulan Autolifestyle, hari ini membuka secara rasmi bilik pameran kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS pertamanya di Pulau Pinang.
11bulan ago
CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Penyusunan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diharap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.