BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior FC 0-2 DPMM FC | Piala Malaysia: Melaka FC 2-2 Sabah FC | 

Terdapat 423 berita berdasarkan kata kunci carian " sarawak "

Petronas, Petros Akan Perinci Butiran Berkaitan Peranan Agregator Gas

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiran peranan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.

Lebih 26,000 Syarikat Guna Sistem E-invois, 207.4 Juta E-invois Dikeluarkan Setakat Ini - Lim

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. 

Malaysia Perlu Utamakan Perkapalan Hijau Sejajar Usaha Maritim Global Lindungi Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Dinaikkan 25 Peratus Berkuat Kuasa 2026 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

96 Bengkel Petronas Auto Expert Tawar Diskaun Sempena Aidilfitri

PAPAR, 8 Mac (Bernama) -- Sebanyak 96 bengkel Petronas AutoExpert (PAX) di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan servis kenderaan pada harga istimewa melalui Program Servis Ihsan MADANI@ Petronas Auto Expert (SIM@PAX) sempena sambutan Aidilfitri.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Dinaikkan 25 Peratus Berkuat Kuasa 2026 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) -- Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Sarawak Dan Huawei Meterai MoU Pacu Transformasi Digital

KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk memacu transformasi digital Sarawak melalui perluasan sambungan tanpa wayar ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Pavilion Sarawak Dilancar Di MWC 2025, Pamer Inovasi Digital & Peluang Pelaburan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak melancarkan Pavilion Sarawak di MWC Barcelona 2025, satu pencapaian penting dalam perjalanan negeri itu menjadi peneraju serantau dalam transformasi digital, teknologi pintar dan pembangunan mampan.

AirBorneo Akan Muktamad Penjenamaan Termasuk Adakan Pertandingan Cipta Logo Secara Terbuka

LUNDU (Sarawak), 4 Mac (Bernama) -- AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

SMD Semiconductor Pamer Inovasi Terkini Di MWC Barcelona 2025

KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- SMD Semiconductor berjaya mempamerkan inovasi semikonduktornya yang terkini di MWC Barcelona 2025, yang berlangsung pada 3 hingga 6 Mac di Fira de Barcelona Gran Via, Sepanyol.

Grab Malaysia, SDEC Meterai MoU Percepat Transformasi Digital Sarawak

KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.