6bulan ago
GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- AirAsia sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan ke dan dari Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan wilayahnya yang berterusan, sekali gus mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan kebolehcapaian serantau.
6bulan ago
KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan sebanyak RM10.9 bilion pada suku pertama tahun ini, ketiga tertinggi di Malaysia selepas Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah pada Isnin berikutan prestasi semalaman Wall Street yang negatif menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif balas pada Rabu ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat yang terhad berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 9 Julai.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju memberi kemudahan kepada pihak industri dalam tempoh peralihan perubahan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) susulan maklum balas kesukaran mematuhi semua keperluan operasi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat menjadi bank pertama di Malaysia dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli, iaitu pihak yang mendapat mandat melaksanakan kutipan, pengurusan dan agihan dana wakaf tunai, melalui inisiatif Jariah Al-Barakah.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai pemacu ekonomi baharu Malaysia apabila negeri ini mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi pada 2024 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd menyokong sepenuhnya pembaharuan sistemik dalam sektor penjagaan kesihatan bagi menangani peningkatan kos perubatan dan memastikan daya maju jangka panjang industri insurans untuk manfaat pelanggan.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini, disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.