4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sokongan belian kepada kaunter wajaran tinggi terpilih yang didahului Axiata, Tenaga Nasional dan YTL Corp telah mendorong kenaikan indeks utama sebanyak 0.16 peratus sebelum dagangan sesi pagi berakhir, pada Rabu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian pada saat-saat akhir dalam CelcomDigi, yang mengimbangi penyusutan terdahulu berikutan pelarasan tanpa dividen dalam Maxis dan MISC serta aktiviti pengambilan untung dalam Tenaga Nasional dan CIMB.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Novan Amirudin akan memegang jawatan sebagai pemangku CEO Pasaran Pertumbuhan di CIMB Singapura berikutan peletakan jawatan Victor Lee Meng Teck.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Saham-saham di Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.11 peratus, namun pasaran secara meluas kekal dalam wilayah positif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, meneruskan momentum peningkatan disebabkan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham, kata seorang peniaga.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini menjelang cuti hujung minggu yang panjang dan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul esok.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, dengan indeks penanda aras mencatatkan paras terendah harian selepas kaunter wajaran tinggi terpilih mengalami dagangan tidak menentu berikutan prestasi serantau yang bercampur-campur.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pelabur menantikan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkenaan dengan kadar faedah, dengan kebanyakan pihak menjangkakan pembuat dasar itu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.