Terdapat 538 berita berdasarkan kata kunci carian " peruntukan"

160 Koperasi Terima Insentif JEJAK SKM

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 160 koperasi yang bergiat dalam sektor pelancongan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) yang dilancarkan Mei tahun lepas.

Sarawak Perlu Kaji Semula Rancangan Pembangunannya Ekoran Tarif AS - Abang Johari

KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).

MPOB Perkenal Projek Rintis Excavator, Bantu Pekebun Kecil Tingkat Produktiviti

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perkenal projek rintis Skim Pemberian Excavator (SPE) dengan kerjasama Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sugut Paitan, Sabah. 

Reach Ten Bakal Raih RM104 Juta Daripada IPO Bagi Tingkat Infrastruktur Telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi berpangkalan di Sarawak Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk meraih RM104 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang rancangan penyenaraiannya di Pasaran Utama pada 2 Mei, 2025.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.5 Bilion Pada 28 Mac, 2025

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bernas Salur Bantuan Khas RM90 Juta Untuk Pesawah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyalurkan sepenuhnya bantuan khas sebanyak RM90 juta kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), sebagai komitmen tidak berbelah bagi syarikat itu terhadap kebajikan pesawah di negara ini.

Maybank IB Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada 4.3 Peratus Susulan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 negara kepada 4.3 peratus daripada 4.9 peratus dan kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus bagi 2026.

Trend Perbelanjaan Raya: Pengguna Lebih Berhati-hati Di Sebalik Ekonomi, Pasaran Buruh Yang Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi semasa memberi kesan terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia dalam musim perayaan, dengan pengguna cenderung lebih berhati-hati meskipun keadaan ekonomi negara berada dalam landasan yang baik.

Pembiayaan Kerajaan Sebanyak RM131.5 Juta Bantu PKS Tingkatkan Teknologi - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Tujuh platform pendanaan ekuiti awam, pembiayaan rakan setara (P2P) telah dipilih untuk menyertai Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) berjumlaj RM131.5 juta di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

HI Mobility Optimistik Kontrak Bas Percuma Johor Akan Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- HI Mobility Bhd (HI Mobility) optimistik bahawa kontrak syarikat itu dalam initiatif Bas Muafakat Johor (BMJ) yang tamat pada akhir bulan ini akan dilanjutkan. 

Perbelanjaan Kesihatan Malaysia 4.0 Peratus Daripada KDNK, Kekurangan Dana Satu Cabaran

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kekurangan dana dalam sektor kesihatan awam Malaysia kekal sebagai cabaran utama, dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).