Terdapat 729 berita berdasarkan kata kunci carian " pengembangan"

Unifi Business Perkenal "Ultra Plan" Perkukuh Perniagaan Tempatan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Unifi Business mengukuhkan sokongannya terhadap perniagaan tempatan dengan pelancaran pakej internet berkelajuan tinggi - Unifi Business Ultra Plan, bagi memenuhi permintaan penyelesaian jalur lebar generasi baharu yang lebih pantas dan dipercayai.

Penggunaan Domestik Yang Kukuh Pacu Ekonomi Malaysia - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kadar penggunaan yang berdaya tahan dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia di sebalik ketegangan perdagangan global serta ketidakpastian geopolitik, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd. 

Keperluan Permit Perdagangan Cip AI Mencerminkan Komitmen Malaysia Terhadap Transparensi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Keperluan permit perdagangan untuk kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) menandakan komitmen Malaysia terhadap ketelusan dan piawaian global selain bertujuan mengekang kegiatan pelanggaran undang-undang dalam ekosistem AI.

MIDF Amanah Jangka Pertumbuhan Pembuatan Mampan Walaupun Berdepan Risiko Tarif

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangka sektor pembuatan Malaysia mengekalkan momentum pemulihannya, didorong oleh pengeluaran perkilangan yang meningkat dan permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun cabaran luaran terus menjadi kebimbangan.

Aik Cheong Rancang Matlamat Global Di Ekspo Osaka 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ekspo Osaka 2025 telah dijadikan platform strategik untuk Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd bagi mengukuhkan kehadiran antarabangsanya dan mempamerkan kecemerlangan tempatan Malaysia dalam pentas bertaraf dunia.

Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Meningkat 2.4 Peratus Kepada RM158.7 Bilion Pada Mei - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM158.7 bilion pada Mei 2025 berbanding dengan 4.7 peratus pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ekspo 2025 Osaka Perkukuh Hubungan Ekonomi Jepun-Malaysia - JETRO

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka berperanan sebagai landasan bagi kerjasama lebih kukuh dalam sektor ekonomi utama, menjadi platform sesuai untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara Jepun dan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro).

Sidec Lancar Program Pemecut Berkembar Selangor Bagi Pacu Syarikat Pemula Niaga, PKS

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancarkan Program Pemecut Berkembar Selangor edisi 2025.

Exim Bank, Marrybrown Memeterai Perjanjian Pengembangan Di Australia

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) - Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah merasmikan perjanjian pembiayaan dengan Marrybrown Australia Pty Ltd untuk menyokong pembukaan 10 cawangan restoran itu di seluruh Victoria, Australia.

Paramount Property Tawar Mata Ganjaran 'Asia Miles' Untuk Pembeli Rumah

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Paramount Property Bhd melancarkan Traverse with Paramount, iaitu kempen pemilikan rumah yang unik menawarkan mata ganjaran sehingga 40,000 Asia Miles kepada pembeli rumah.

Keuntungan Bersih Suku Pertama AEON Credit Susut Kepada RM77.55 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih suku pertama berakhir 31 Mei 2025, AEON Credit Service (M) Bhd susut kepada RM77.55 juta berbanding RM106.41 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.

AirAsia Sasar Tingkat Laluan Ke Pulau Pinang Dalam Rancangan Pengembangan Serantau

GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- AirAsia sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan ke dan dari Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan wilayahnya yang berterusan, sekali gus mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan kebolehcapaian serantau.