1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus ke atas pendapatan bercukai dividen selepas mengambil kira pelepasan dan potongan yang dibenarkan, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memperkasa Kementerian Luar dalam memperkukuh kepentingan dan meluaskan pengaruh Malaysia ke platform antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab di Malaysia dan membentuk transformasi digital dengan memberi manfaat kepada semua orang pada masa depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan kepada entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan Islam, diperluas kepada aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan insentif khas untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjelang akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan bersamaan elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan untuk tempoh lima tahun diberikan kepada syarikat “Smart Logistic Complex” (SLC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan terus memberi fokus kepada golongan yang memerlukan pertolongan meskipun reformasi fiskal sedia masih dikekalkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- National Funds-of-Funds (NFOF) yang ditubuhkan di bawah Khazanah Nasional Bhd akan beroperasi pada November 2024 dengan dana berjumlah RM1 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei & Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.