7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd, untuk suku ketiga berakhir pada 31 Mac 2025 melonjak sebanyak 113 peratus kepada RM262.30 juta berbanding RM123.10 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 TK2025) menyusut kepada RM94.54 juta daripada RM102.3 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan menamatkan jualan berterusan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM222.9 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih setakat ini pada tahun ini kepada RM7.9 bilion.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan lantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan selepas penurunan baru-baru ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM190.55 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM172.22 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 menyusut kepada RM419.38 juta berbanding RM496.23 juta bagi suku yang sama tahun lepas.