13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan kepada penyesuaian dasar bagi mengurus tekanan kos dan pada masa sama menjamin bekalan serta keperluan asas dalam menangani kesan krisis bekalan global.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia disaran terus proaktif bagi memastikan Selat Melaka kekal bebas daripada sebarang ketegangan geopolitik, memandangkan kepentingannya sebagai antara laluan perdagangan dan tenaga global yang kritikal.
14hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari, menurut Kementerian Kewangan (MOF) .
16hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran untuk memastikan laluan strategik Selat Hormuz kekal dibuka adalah langkah yang baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.