Terdapat 3725 berita berdasarkan kata kunci carian " tempoh"

Stok Minyak Sawit Malaysia Meningkat 5.15 Peratus Kepada 2.42 Juta Tan Pada Mei - MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia meningkat 5.15 peratus atau 118,891 tan kepada 2.42 juta tan pada Mei 2026 daripada 2.30 juta tan pada April 2026, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Anwar, Takaichi Adakan Rundingan Mengenai Tenaga Keselamatan Dan Kerjasama Ekonomi

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, industri strategik dan daya tahan rantaian bekalan semasa rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi.

OPR Dijangka Kekal 2.75 Peratus Pada 2026 Susulan Kekuatan Permintaan Domestik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ketahanan permintaan domestik serta tekanan inflasi yang masih terkawal dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus sepanjang 2026, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

DHL Rancang Kembang Keupayaan Logistik Pusat Data Merentasi Asia Pasifik

SINGAPURA, 9 Jun (Bernama) -- DHL Supply Chain telah mengumumkan pengembangan keupayaan logistik pusat datanya merentasi rantau Asia Pasifik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi strategik bagi penskala hiper dan pengendali pusat data.

Malaysia Perlu Perkukuh Ekosistem Teknologi, Supaya Kekal Kompetitif - Liew

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu memperkukuh keupayaan teknologi serta membangunkan ekosistem menyeluruh yang menyalurkan modal, bakat dan kepakaran kepada sektor teknologi bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia, Dipacu Aliran Masuk Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan ketidakpastian luaran sambil memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan serta perkembangan mengenai gencatan senjata Israel-Iran yang masih belum stabil.

Tumpuan Kekal Pada Perbelanjaan Pembangunan Dalam Belanjawan 2027 - Akmal Nasrullah 

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan terus memberi fokus kepada pembelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2027 yang dijangka dibentangkan pada Oktober ini, kata Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sime Darby Property Lancar Dana RM1.25 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data, Logistik

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) melancarkan dana pembangunan hartanah bernilai RM1.25 bilion dikenali sebagai New Economy Venture (NEV) bagi melabur dalam projek pusat data berkonsepkan bina mengikut keperluan penyewa dan untuk disewa serta pembangunan perindustrian dan logistik dalam rangkaian perbandaran utama syarikat itu di Malaysia.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion Pada Suku Pertama 2026 - MIDA

KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.

Muhibbah Peroleh Kontrak Terminal Regasifikasi Lng Bernilai RM300 Juta Di Lumut

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).