2bulan ago
CYBERJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Equinix Inc merancang untuk memperluas kemudahan pusat datanya di Malaysia selepas projek KL1 International Business Exchange (IBX) siap sepenuhnya bagi memenuhi permintaan infrastruktur digital yang semakin meningkat di seluruh negara.
2bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM), anak syarikat milik penuh tidak langsung Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), telah memperoleh pembiayaan bernilai RM49.0 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Syarikat logistik multinasional, DP World sedang memperkukuh operasi di ASEAN untuk memanfaatkan kemunculan Asia Tenggara sebagai pangkalan pembuatan luar pesisir utama bagi kalangan syarikat China.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) melalui entitinya di Singapura Bin Zayed (S) Pte Ltd mengambil alih kepentingan ekuiti yang besar sebanyak 28.89 peratus dalam syarikat Malaysia Turiya Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia.
2bulan ago
SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Subsidiari syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) telah menjual kapal kerja penginapan yang berusia 11 tahun (AWB) - Keyfield Lestari- kepada Saraf Corporation India Pvt Ltd dari India pada harga US$12.5 juta (RM55.4 juta)
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir akan melepaskan jawatannya pada 31 Mac 2025 selepas 15 tahun menerajui syarikat itu secara transformatif.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd (AME Elite) merancang untuk menjual tiga hartanah perindustrian di Johor, seluas 3.579 hektar kepada AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) pada harga RM100.8 juta dalam transaksi dengan pihak berkaitan.