7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan merupakan sebahagian daripada langkah fiskal bersasar untuk memastikan kewangan negara kekal berada pada landasan yang mampan, kata pakar percukaian.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memperluaskan asas cukai dengan memasukkan lebih banyak sektor ke dalam rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah selaras dengan trend global dan mencerminkan pendekatan pragmatik terhadap kemampanan fiskal, menurut Institut Cukai Bertauliah Malaysia (CTIM).
7bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam mendepani cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan potensi tarif Amerika Syarikat (AS) seterusnya, yang mungkin mensasarkan sektor serta produk strategik utama seperti semikonduktor, produk teknologi dan farmaseutikal selain tidak tertumpu semata-mata untuk merundingkan pengurangan tarif timbal balik dengan AS seperti sekarang ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Oasis Harvest Corporation Bhd, penggiat makanan dan minuman (F&B) yang disenaraikan di Bursa Malaysia bercadang untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Metta Food & Lifestyle Sdn Bhd (Metta) dengan harga RM30.8 juta.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa ketika pasaran menilai prospek dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Mata wang ASEAN dijangka terus meningkat tahun ini apabila pelabur global bertindak menjauhi daripada pendedahan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dolar AS terus mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap tinjauan fiskal Amerika Syarikat (AS), termasuk hutang tinggi dan peningkatan defisit serta perbelanjaan kerajaan, selain ketegangan perdagangan dan peralihan trend pelaburan global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih RM57.1 juta bagi tempoh suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) daripada RM71.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
8bulan ago
SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) -- Supply Chain City Malaysia (SCC MY), kompleks logistik pintar YCH Group bernilai RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, dekat sini, dijangka menjadi pemangkin penting dalam kesalinghubungan serantau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.