4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) dan Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) menerusi satu konsortium, telah memperoleh surat notifikasi daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (EC) untuk membangunkan loji fotovoltaik solar berskala besar (LSS) arus ulang alik (MWa.c.) 470 megawatt di Perak.
4bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 3 Sept (Bernama) -- Usaha sama strategik antara Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) dan Legenda Bumimas Sdn Bhd akan mengubah pengurusan sisa berjadual di Labuan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan tidak berkompromi dalam isu standard halal tetapi memudah cara kemasukan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas ke Malaysia dengan mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi standard halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek hari ini ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi tambahan (SCA) dengan kerajaan bagi melaksanakan projek lanjutan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) sepanjang 15 kilometer.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) – Kerjasama antara Malaysia dan syarikat teknologi global ARM Ltd dijangka memberi pulangan pelaburan (ROI) dalam tempoh 10 tahun, kata Kementerian Ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Negara-negara Asia boleh terus memajukan kepentingan ekonomi serantau dan memperkukuh daya tahan kolektif masing-masing dengan mengekalkan kejelasan mengenai matlamat mereka serta tidak mudah terpengaruh dengan ketidaktentuan luaran.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Senegal mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dan membentuk perkongsian strategik di negara Afrika Barat itu sebagai sebahagian daripada hasratnya untuk menjadi pintu masuk Malaysia ke Afrika yang memiliki pangkalan pengguna yang besar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini sedang mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Kementerian Kewangan bagi minyak isirung sawit mentah (CPKO) dan minyak isirung olein, masing-masing dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus.