5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang terus memperkukuh status sebagai hab perniagaan dan teknologi global melalui pelancaran GBS By The Sea, pembangunan mercu tanda bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
5bulan ago
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Capsphere, platform pembiayaan rakan setara berasaskan aset pertama di Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk memperkenalkan produk pembiayaan baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (sebelum ini dikenali sebagai My E.G. Services Bhd) boleh terus menawarkan perkhidmatan berkaitan imigresen dalam skop mana-mana perjanjian lain dengan kerajaan, walaupun tempoh perjanjian dalam menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada jabatan imigresen telah berakhir.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa ASEAN menggiatkan usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pengeluaran intraASEAN.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alpha Ocean Resources Bhd (AORB) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Datuk Bandar Kota Kinabalu bagi cadangan projek pemulihan melibatkan pembangunan pelabuhan pendaratan perikanan laut dalam dan tuna, infrastruktur pelancongan marin dan hospitaliti.