5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus ditutup lebih tinggi pada hari ini berikutan kelemahan dalam dolar US, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah menerusi saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi kukuh pasaran serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun daripada penyusutan semalam apabila dibuka meningkat hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau ketika pelabur kekal optimis Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah utamanya pada bulan depan.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.25 hingga 4.26 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, berikutan data Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP) negara maju itu bagi Julai yang lebih lemah daripada jangkaan awal.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih tinggi berikutan pelabur menyambut baik pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas semua produk Malaysia yang masuk ke negara itu selain sentimen pasaran yang positif berikutan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat, apabila pelabur menelti hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan langkah tarif balas oleh Washington yang berkuat kuasa hari ini.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Selepas mencatat aliran mengukuh pada sesi pagi ini, ringgit mengakhiri urus niaga dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu bertindak mengekalkan kadar faedah utamanya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Khamis berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan hari ini dan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah akan ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS bagi Julai.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan ketidaktentuan mengenai potensi penurunan kadar faedah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau.