4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah and Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kanada menawarkan insentif baharu untuk menarik syarikat-syarikat minyak seperti Petronas meningkatkan pelaburan dalam sektor gas asli cecair (LNG), ketika Perdana Menteri Mark Carney berusaha mempercepatkan kelulusan permit untuk projek LNG dan tenaga bersih.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pembangunan pangsapuri perkhidmatan COVO di 16 Sierra oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencapai satu kejayaan besar dengan Menara B habis terjual manakala Menara A pula menyaksikan jualan pantas.
4bulan ago
NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- China, sebagai antara rakan dialog ASEAN, dijangka mengetengahkan daya tahan rantaian bekalan, kerjasama ekonomi digital, peralihan hijau dan memudah cara perdagangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kehadiran Jepun di Asia Tenggara terus berperanan penting dalam menyeimbangkan persaingan kuasa besar ketika negara ASEAN mempelbagaikan pasarannya, sekali gus menjadikan Jepun sebagai rakan pembiayaan jangka masa panjang yang boleh dipercayai dan sebuah pasaran strategik.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) bekerjasama dengan Meta, SoftBank Corp, IPS Inc, PT XLSmart Telecom Sejahtera Tbk dan NEC Corporation untuk membangunkan sistem kabel dasar laut Candle yang menghubungkan negara-negara ASEAN ke Jepun.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holding Bhd (CBHB), CBH Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM31.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk stesen pendaratan pengguna (CLS) 132 kilovolt (kV) di sebuah pusat data yang dicadangkan di Johor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) --Anak syarikat milik penuh Kelington Group Bhd (KGB), Kelington Engineering (S) Pte Ltd (KESG), memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja berkaitan dengan projek kilang pembungkusan canggih di Singapura.
4bulan ago
CHONGQING, 22 Sept (Bernama) -- Kilang Chiller Midea di Chongqing, iaitu kilang “lighthouse” sistem pendingin pertama di dunia yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI), kini menerajui pengeluaran pintar dan hijau di rantau Asia Pasifik serta membantu rakan global mencapai transformasi rendah karbon.
4bulan ago
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail
GUIZHOU (CHINA), 22 Sept (Bernama) -- Mengagumkan, inilah yang terdetik di hati wartawan dari lapan negara yang berkesempatan melihat sendiri “keajaiban buatan manusia” -- Jambatan Huajiang Gorge di China yang bakal bergelar jambatan gantung tertinggi dunia apabila siap kelak.