6bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung yang menyebabkan penurunan jangka pendek, kata peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini dalam sentimen berhati-hati berikutan peniaga menantikan kejelasan mengenai kemungkinan lanjutan gencatan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.
6bulan ago
MUAR, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan melonjakkan pembangunan Johor sebagai pintu masuk strategik negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu hadapan tetapi cenderung untuk naik berikutan pelbagai ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka berlegar antara RM4.22 dan RM4.24 minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan AS (fed) dijangka mengekalkan kadar dasarnya, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, MMAG SkyAssets Ltd telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli pesawat untuk membeli sebuah pesawat kargo Boeing 737-800BCF pada harga tunai US$25.9 juta (RM109.85 juta).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan bakal mengumumkan beberapa langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).