Terdapat 981 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

MYStartup Accelerator Salur RM5.5 Juta Kepada Syarikat Pemula Niaga Tempatan

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- MYStartup Accelerator, inisiatif yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah memudahkan pelaburan sebanyak hampir RM5.5 juta bagi kohort kelima, sekali gus menekankan peranannya dalam mengukuhkan ekosistem syarikat pemula Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai hab inovasi serantau.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pemimpin Tertinggi Perancis Sempena Lawatan Rasmi

PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan trend penurunan yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau dan penyusutan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Belian Saham Teknologi, Berkaitan Petronas Dorong FBM KLCI Ditutup Paras Tertinggi Harian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan, kebanyakannya dalam saham teknologi terpilih dan berkaitan Petronas mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras tertinggi harian dan ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan untuk lima sesi dagangan berturut-turut, kata seorang penganalisis.

PM Anwar Bertemu Pemimpin Syarikat Gergasi Industri Itali Dalam Lawatan Ke Rom

Daripada  Arul Rajoo Durar Raj

ROME, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.

Kecemerlangan Ekonomi 2024 Perkukuh Agenda Maju Johor - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kejayaan Johor dalam merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang tinggi telah memperkukuhkan pelaksanaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan pertumbuhan KDNK antara tujuh hingga lapan peratus setahun, menjelang 2030.

Johor Catat Pertumbuhan KDNK Tertinggi 2024, Corak Masa Depan Ekonomi Negara - Exco

JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai pemacu ekonomi baharu Malaysia apabila negeri ini mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi pada 2024 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SC Pelawa Orang Ramai Beri Maklum Balas Mengenai Cadangan Tambah Baik DAX

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan penambahbaikan terhadap rangka kerja kawal selianya untuk pertukaran aset digital (DAX).

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih, Aliran Masuk RM33.2 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia, selepas lima minggu berturut-turut mencatatkan jualan, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.