21hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan percaya usaha memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dapat memastikan kerjasama merentas etnik yang terlibat dalam sesuatu ekosistem atau rantaian nilai dimanfaatkan secara maksimum.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
23hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) mencecah RM4.9 billion setakat 31 Dis 2025, dan dijangka kekal 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion daripada hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara pada 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan diminta memperhalusi nilai ambang pelaksanaan e-invois bagi syarikat dengan nilai jualan antara RM1 juta hingga RM5 juta bagi mengelakkan beban pematuhan yang berlebihan ke atas peniaga kecil dan mikro.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.