Terdapat 151 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan antarabangsa"

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$122.8 Bilion Pada 12 Sept

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.

Belanjawan 2026 Pertimbang Input Daya Saing KL Sebagai Pusat Kewangan, Hab Niaga Global - MoF

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Input perbincangan mengenai daya saing Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global bersama pemain industri antarabangsa yang telah diadakan, akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122.7 Bilion Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.

Asia Perlu Teraju Orde Ekonomi Dunia Baharu, Tulis Semula Lembaran Agenda Sendiri - PM Anwar

Daripada Voon Miaw Ping

TIANJIN (China), 1 Sept (Bernama) -- Asia perlu menerajui era orde ekonomi global seterusnya dengan menulis semula lembaran agenda sendiri dan pada masa sama menentukan hala tuju masa depan.

Unity Group, Tek Securities Perkenal Sukuk Iklim RMB200 Juta Bagi Biaya Inisiatif Hijau Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122 Bilion Pada 15 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.

Labuan FSA Tekankan Pendirian Sifar Toleransi Melalui Ikrar Bebas Rasuah

LABUAN, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengesahkan komitmen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memaparkan prinsip tadbir urus kukuh dalam operasinya bagi memastikan persekitaran bebas rasuah di seluruh organisasi.

Malaysia, Kazakhstan Mampu Tingkat Perdagangan Melalui Rangkaian Kereta Api

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) – Pihak berkuasa kereta api Kazakhstan dan Malaysia sedang berusaha membangunkan rangkaian rel logistik perdagangan terus bagi membolehkan peningkatan perdagangan kedua-dua negara.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$121.3 Bilion Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$121.3 bilion (US$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.

RMK13 Pacu Ekonomi Bernilai Tinggi, Kekalkan Lebihan Dagangan -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan lebihan dagangan negara dapat dikekalkan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan pembangunan industri bernilai tinggi serta peningkatan kompleksiti ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Jadi Tuan Rumah Bengkel Antarabangsa Bagi Majukan Piawaian Data Global

IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi tuan rumah bagi Bengkel Antarabangsa Advance Statistical Data and Metadata Exchange (SDMX) yang berlangsung selama empat hari di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$120.61 Bilion Pada Akhir Jun 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).