Terdapat 96 berita berdasarkan kata kunci carian " lembah klang"

SDB Lancar Kondominium Mewah 'Damai' Berkonsep Letak Kereta Di Depan Pintu Di Taman Melawati

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Selangor Dredging Bhd (SDB), syarikat pemaju hartanah butik melancarkan DaMai, iaitu pembangunan kediaman mewah bertingkat pertengahan di Taman Melawati yang menampilkan konsep ‘letak kereta di depan pintu anda’.

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Avaland Bhd merancang untuk melaksanakan pembangunan komersial bercampur di Jalan Putra, Kuala Lumpur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM900 juta.

Banyak Bandar Satelit Dijangka Wujud Impak Pembangunan JS-SEZ - MB Johor

KLUANG, 6 Julai (Bernama) — Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat bukan sahaja di sekitar Johor Bahru, malah turut dirasai di semua 10 daerah negeri ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

CCCC Perkukuh Komitmen Jangka Masa Panjang Terhadap Pembangunan Infrastruktur Malaysia

BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memperkukuh komitmen terhadap Malaysia dan menyatakan kesediaan untuk meningkatkan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur negara, yang dianggapnya sebagai faktor utama bagi kesalinghubungan serantau jangka masa panjang.

Hasil Binastra Naik 43 Peratus, Nilai Perolehan Kontrak RM4.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Binastra Corporation Bhd (Binastra) meraih perolehan hasil lebih tinggi sebanyak 43 peratus kepada RM256.8 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 berakhir pada 30 April, 2025, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Prasarana Tumpu Pembangunan Berorientasi Transit Pacu Kehidupan Bandar Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Terus Meningkat, Dipacu Permintaan Pembelian

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.

Projek Rel Selangor Ubah Negeri Jadi Hab Kuasa Penerbangan Dan Logistik -- Amirudin

SEPANG, 5 Jun (Bernama) -- Cadangan projek Jajaran Rel Selangor merupakan pautan sistem perhubungan penting yang berupaya membuka potensi sepenuhnya Selangor Aero Park (SAP) yang baru dilancarkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Yin’s Sourdough, Bakeri Adunan Kasih Anak Dan semangat Cekal

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pengalaman beralih daripada kerjaya menjaminkan dalam bidang jualan farmaseutikal selama sedekad kepada menguli doh di kedai kecil di Balik Pulau, Pulau Pinang, menjadikan perjalanan pengasas Yin’s Sourdough Bakery & Cafe sebagai bukti transformasi, matlamat serta kecekalan.

Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Kerja RM162 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM) menerima surat lantikan (LOA) daripada Majestic Gen Sdn Bhd bagi kontrak kerja berjumlah RM162 juta.

Ar-Rahnu Express Buka Cawangan Ke-10 Di Kelantan

KOTA BHARU, 7 Mei (Bernama) -- Ar-Rahnu Express, jenama pajak gadai patuh syariah di bawah Kumpulan HABIB, melancarkan cawangan ke-10  di Pasar raya Besar Mydin Tunjong di sini hari ini.

West River Sasar Tingkat Keluaran Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- West River Bhd (West River), penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan kemudahan baharu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.