Terdapat 143 berita berdasarkan kata kunci carian " maklum balas"

KPK Kemuka Permohonan Pengecualian SST CPKO Kepada Kementerian Kewangan - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini sedang mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Kementerian Kewangan bagi minyak isirung sawit mentah (CPKO) dan minyak isirung olein, masing-masing dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus.

PETRA Sedang Kaji Daya Maju Reaktor Modular Kecil Sebagai Sumber Tenaga - TPM Fadillah

PETALING JAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menjalankan kajian daya maju tenaga nuklear, termasuk reaktor modular kecil (SMR) untuk menilai potensinya sebagai sumber kuasa beban asas yang stabil, kata Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

MyCC Anjur Konsultasi Awam Kedua Bagi Kajian Ekonomi Digital Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan konsultasi awam bagi draf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada Selasa depan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Centre of Excellence di sini.

redBus Perluas Sistem Tiket Digital Kepada Pengendali Bas Di Kawasan Pendalaman

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Platform tiket bas dalam talian, redBus Malaysia dikendalikan oleh Ibibo Group Sdn Bhd, memperluaskan sistem operasi dan tiket digitalnya kepada pengendali bas di kawasan pendalaman untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

MITI Akan Bangun Standard Penggunaan Keluli Dalam Bangunan - Liew

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan piawaian keluli yang sesuai bagi penggunaan dalam bangunan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Khamis, dipacu minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam sektor utiliti dan teknologi di tengah-tengah pasaran serantau yang kukuh.

Belanjawan 2026 Dukung Matlamat RMK13, Tumpu Tiga Teras Utama - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.

Singapura Mulakan Kajian Strategi Ekonomi Untuk Kekal Berdaya Saing Di Peringkat Global

SINGAPURA, 4 Ogos (Bernama) -- Singapura akan menjalankan Kajian Strategi Ekonomi (ESR) bertujuan untuk mengukuhkan daya saing global dan kerelevanan ekonomi negara itu dalam persekitaran peralihan struktur seperti penjajaran semula geopolitik dan teknologi disruptif yang bergerak pantas.

RMK13 Papar Komitmen Kerajaan Perkasakan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil- Johari

JOHOR BAHRU, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion secara berfasa dalam tempoh lima tahun bagi memperkasakan program penanaman semula sawit melibatkan pekebun kecil di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) (RMK13).

Tarif Baharu As Ke Atas Malaysia Diumum Esok - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok. 

Bank Islam Terbit Tranche Kesembilan Sukuk Kanan Murabahah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) telah berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilionnya pada 25 Julai.

Kerajaan Akan Pastikan Pelaksanaan Tokenisasi, Aset Digital Bersifat Inklusif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.