BERITA TERKINI   Malaysia perlu bina kemampuan eksport berdaya tahan dan tidak bergantung kepada pelepasan tarif sementara AS - Akmal Nasrullah | Pertumbuhan ekonomi negara suku pertama 2026 dijangka menepati unjuran awal 4-5 peratus - Akmal Nasrullah | Tiada perbincangan untuk muktamadkan pengurangan kuota Budi95 di peringkat MTEN - Akmal Nasrullah | Aktiviti pasaran harta tanah negara catat pertumbuhan sederhana dengan 89,966 transaksi bernilai RM51.9 bilion pada suku pertama 2026 - Ketua Pengarah JPPH | PM Anwar hubungi rakan sejawat Jonas Gahr Støre dan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap keputusan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu | 

Terdapat 1167 berita berdasarkan kata kunci carian " sumber"

SC Kaji Semula Undang-undang, Tutup Kelemahan Perundangan, Tingkatkan Kadar Sabitan

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menutup kelemahan perundangan dan memperkukuh penguatkuasaan, sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kadar sabitan bagi kesalahan pasaran modal.

Ketech Asia Bakal Perluas Rangkaian Produk Dengan Dua Kaliber Peluru Baharu Pada 2027

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Syarikat pengeluaran peluru tempatan, Ketech Asia Sdn Bhd merancang untuk memperkukuh portfolio produk dan aliran perolehannya melalui pengenalan dua kaliber tambahan iaitu peluru 7.62 milimeter (mm) dan 12.7mm pada tahun depan.

Pasaran Modal Kekal Berdaya Tahan, Terus Memacu Perkembangan Serantau Pada 2025 - SC

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sisa Jadi Kuasa: Laluan Baharu Tenaga Bersih Dan Hijau Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sisa ternakan yang selama ini dianggap sebagai beban alam sekitar berpotensi besar menjadi antara sumber tenaga bersih strategik negara, sekali gus mempercepatkan peralihan tenaga Malaysia, menurut menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

Malaysia Perlu Beralih Kepada Pengurusan Bekalan, Kurangkan Pergantungan Luar

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada subsidi menyeluruh dan kawalan harga sebaliknya perlu mengalihkan tumpuan kepada pengurusan bekalan susulan kekangan bekalan yang berterusan, kata ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

MTEN Setuju Langkah Mitigasi Pastikan Rantaian Bekalan, Kelangsungan Industri Domestik Terpelihara

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini bersetuju dengan tiga cadangan utama meliputi fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan peluasan pasaran bagi memastikan rantaian bekalan serta kelangsungan industri domestik tidak terjejas teruk susulan krisis bekalan global.

YTL AI Labs Lancar ILMU Claw Bagi Bantu Pengguna Bina Ejen AI

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- YTL AI Labs hari ini melancarkan ILMU Claw, yang membolehkan pengguna, pembangun dan perusahaan Malaysia membina ejen kecerdasan buatan (AI) autonomi, yang dihoskan sepenuhnya pada infrastruktur Malaysia melalui YTL AI Cloud yang selamat. 

Berhemah Guna Bahan Api, Bantu Lanjutkan Tempoh Penampan Tenaga -- Liew

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kalangan rakyat Malaysia digesa berhemah menggunakan bahan api dalam usaha melanjutkan lagi tempoh tenaga melangkaui Jun ini berikutan ketidaktentuan global yang dijangka berpanjangan.

SAMENTA Lancar Pensijilan Ekonomi Kitaran Pertama ASEAN Bagi PKS

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) pada Selasa melancarkan Pensijilan Ekonomi Kitaran ASEAN (CEC) yang pertama seumpamanya di rantau ini bagi membantu kalangan perusahaan itu atau PKS menerimaguna amalan perniagaan mampan selain memacu daya saing.

Inisiatif Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion Bantu Kekalkan Momentum Eksport PMKS - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Inisiatif jaminan pembiayaan oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka memberi rangsangan besar kepada sektor itu khususnya pengeksport.

Perniagaan Malaysia Mesti Beralih Kepada Model Destinasi Selamat, Premium - Sim

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia mesti berhenti bersaing pada harga rendah dan sebaliknya meletakkan diri mereka sebagai destinasi premium dan selamat di pasaran global.

Malaysia Sasar Capai Kapasiti 32 Peratus TBB Terpasang Tahun Ini - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.