BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 1-0 Sabah FC | 

Terdapat 373 berita berdasarkan kata kunci carian "asia barat"

Kitaran Kenaikan Semikonduktor Pacu Pertumbuhan Pulau Pinang Walaupun Berdepan Cabaran Global - Ahli Ekonomi

Oleh Farhana Poniman

GEORGE TOWN, 19 April (Bernama) -- Walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat, kitaran kenaikan industri semikonduktor global yang berterusan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sehingga 2026.

Kerajaan Beri Jaminan Tiada Isu Berkaitan Kesesuaian Penggunaan Biodiesel

PELABUHAN KLANG, 18 April (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada isu mengenai kesesuaian penggunaan biodiesel khususnya B20 susulan spesifikasi enjin kenderaan menyokong bahan api itu sejak 2020.

Malaysia Guna 700,000 Tong Minyak Sehari, Melebihi Pengeluaran 350,000 Tong Sehari - MOF

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari, menurut Kementerian Kewangan (MOF) .

Pasaran Getah Dijangka Lengang Dengan Cenderung Mendatar Dan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April  (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Stabil Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami penstabilan dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, di tengah-tengah bekalan yang mencukupi dan penyederhanaan harga tenaga.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama Malaysia 5.3 Peratus Satu Kejutan Positif - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 dilihat sebagai satu kejutan positif, menurut ahli ekonomi.

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Kenaikan Harga Minyak, Insentif Cukai Percepat Peralihan Malaysia Kepada EV - Pakar

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan krisis Asia Barat dan pelaksanaan pengecualian cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan dijangka mendorong lebih ramai beralih kepada EV, kata pakar.

Biodiesel B15 Dilaksana Secara Berperingkat, Elak Ganggu Operasi Sedia Ada - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dijalankan secara berperingkat untuk mengelak gangguan terhadap operasi industri sedia ada, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Industri Pembuatan Plastik Malaysia Terus Alami Ketidaktentuan Susulan Krisis Asia Barat - MPMA

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Industri pembuatan plastik negara dijangka terus mengalami ketidaktentuan dalam jangka masa pendek hingga sederhana berikutan krisis di Asia Barat, menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA).