3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Dapatan dan saranan daripada mesyuarat Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) akan dibentangkan dan dibincangkan secara kolektif pada cadangan sesi bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- BRICS dan negara rakan kerjasamanya perlu menumpukan kepada misi kolektif untuk mewujudkan teknologi dan pekerjaan serta kesejahteraan bagi golongan bawahan penduduk dunia, dan usaha ini memerlukan tindakan segera.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, yang bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil dari negara luar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dalam sektor semikonduktor demi memastikan pelaburan asing dan tempatan kekal kukuh dan berdaya tahan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu dengan nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan Malaysia tersenarai dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing dunia menjelang 2030, selaras dengan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk membangunkan dan menarik lebih ramai pelabur berpotensi dalam memperkasakan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia, kata Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sedang menjalankan kajian terhadap Kajian Separuh Penggal Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) bagi memastikan pelaksanaannya kekal relevan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan piawaian keluli yang sesuai bagi penggunaan dalam bangunan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- ASEAN perlu merangka semula strategi ekonomi yang berani memandangkan rantau ini mengharungi pelbagai krisis yang berlaku serentak, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.