Terdapat 1912 berita berdasarkan kata kunci carian " antarabangsa"

IOI Properties Umum Menara B COVO Di 16 Sierra Habis Terjual, Menara A Jualan Pantas

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pembangunan pangsapuri perkhidmatan COVO di 16 Sierra oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencapai satu kejayaan besar dengan Menara B habis terjual manakala Menara A pula menyaksikan jualan pantas.

Negeri Sembilan Bakal Miliki Auto City Pertama Di Nilai, GDV RM1 Bilion

NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

Batik Tanah Liat Bangkit Semangat Usahawan Ibu Tunggal, Sasar Pasaran Luar Negara

Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Riztiney Batik mungkin satu nama asing, namun usaha seni batik tanah liat yang lebih mesra alam ini menjadi bukti semangat serta kreativiti seorang ibu tunggal yang kini berhasrat mengetengahkan produknya ke luar negara.

Nasi Lemak, Buah-buahan ASEAN Antara Diplomasi Kulinari Disajikan Pada Mesyuarat AEM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Makanan ikonik rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan buah-buahan tempatan serta dari negara ASEAN seperti salak dan mata kucing antara diplomasi kulinari yang dihidangkan pada mesyuarat ASEAN kali ini.

Anugerah MIHAS 2025 Beri Penghargaan Kepada 14 Perniagaan Halal Dalam Pelbagai Kategori

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-12 baru-baru ini memberi penghargaan kepada 14 perniagaan halal atas pencapaian mereka dalam produk, perkhidmatan, kemampanan, pendigitalan dan inovasi.

Syarikat Bionexus 4tify Diunjur Capai Jualan Tahunan Biobahan RM84.2 Juta Tahun Depan

GEORGE TOWN, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat berstatus BioNexus, 4tify Sdn Bhd (4tify) diunjur mencapai jualan tahunan sebanyak US$20 juta (RM84.2 juta) bagi produk biobahannya bermula tahun depan menerusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Malaysia Harus Beralih Jadi Negara Pencipta Teknologi - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia harus menempatkan semula kedudukannya sebagai negara teknologi dengan menjadi pencipta teknologi dan bukannya pengguna semata-mata, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

15 Daripada 18 Inisiatif Ekonomi ASEAN Dijangka Dicapai Menjelang Oktober Ini

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia yakin dapat mencapai 15 daripada 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang disasarkan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.  

MyIPO Lancar Program Intensif, Lahirkan Penilai Harta Intelek Bertauliah

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) --  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini melancarkan Program Intensive IP Valuer and Examination 2025 bagi melahirkan penilai harta intelek (IP Valuer) bertauliah yang berkeupayaan menilai potensi komersial secara profesional dan bertaraf antarabangsa.

ASEAN Perlu Perkasa Dan Kembangkan MNC Teknologi Serantau, Global - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada model pelaburan langsung asing (FDI), sebaliknya perlu memperkukuh pelaburan dalam syarikat teknologi tempatan demi menjamin masa depan ekonomi serantau.

Dapatan, Saranan Daripada AGTF Akan Dibentangkan Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Dapatan dan saranan daripada mesyuarat Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) akan dibentangkan dan dibincangkan secara kolektif pada cadangan sesi bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Hubungan ASEAN-Korea Perlu Lindungi Autonomi Serantau, Tumpu Pada Daya Tahan Digital Strategik - Penganalisis

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Korea Selatan (ROK) perlu menggerakkan kerjasama mereka melangkaui petunjuk ekonomi tradisional serta memberikan tumpuan pada autonomi strategik jangka panjang dan daya tahan digital.