Terdapat 551 berita berdasarkan kata kunci carian " pemulihan"

Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Industri Runcit Dijangka Pulih Menjelang Hujung Tahun - MUI Group

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri runcit dijangka pulih menjelang hujung tahun ini selepas mengalami pertumbuhan pasaran yang lemah dalam dua bulan kebelakangan ini, kata Malayan United Industries Bhd (MUI Group).

Kerajaan Disaran Laksana Pelan Lebih Komprehensif Untuk Perniagaan Kekal Bertahan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran melaksanakan pelan yang lebih komprehensif supaya perniagaan dapat terus 'bernafas' dan kekal berdaya saing. 

Kerajaan Akan Pastikan Sektor Pembinaan Kekal Kompetitif, Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenanga Investment Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia turun sedikit pada tengah hari ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati di pasaran serantau.

MIDF Research Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus 

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 pada 5.0 peratus yang disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.

Permintaan Pengangkutan Udara Secara Purata Dijangka Meningkat 4.3 Peratus - Loke

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk pengangkutan udara dijangka secara puratanya meningkat 4.3 peratus setiap tahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, berikutan pemulihan dalam industri penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 5.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Belanjawan 2025 Papar Komitmen Kerajaan Terhadap Tanggungjawab Fiskal - Khazanah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memaparkan komitmen berterusan kerajaan terhadap aspek tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini dipengaruhi pemulihan harga minyak mentah penanda aras dan kenaikan bursa niaga hadapan getah Shanghai, dalam persekitaran kebimbangan bekalan getah asli yang terhad disebabkan cuaca buruk di negara pengeluar. 

Inflasi Keseluruhan Malaysia Diunjur 2.0 Peratus Hingga 3.5 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.