BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | 

Terdapat 639 berita berdasarkan kata kunci carian " lanjut"

TH Properties, Affin Bank Tawar Penyelesaian Pembiayaan Pembeli Rumah Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.

Perbincangan Dengan Yidu Tech Berpotensi Bangunkan Penjagaan Kesihatan Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perbincangan bersama syarikat penjagaan kesihatan dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), Yidu Tech Inc berpotensi mewujudkan kerjasama bagi mengubah infrastruktur penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia.

Oriental Kopi Sasar Pengembangan Serantau Selepas Penyenaraian Sulung Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Oriental Kopi Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia kini dalam perbincangan untuk mengembangkan operasinya ke negara jiran.

WEF 2025: Syarikat Australia Setuju Melabur Dalam Tenaga Alternatif Hidrogen Hijau Di Sarawak - Perdana Menteri

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JS-SEZ Jadi Topik Perbualan Dalam Kalangan Pelabur - OBORCC

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi 'buah mulut' (topik perbualan hangat) dalam kalangan penggiat industri di rantau Asia.

Pertumbuhan Pusat Data Asean Dijangka Pada 20 Peratus Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Hasil pusat data ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 20 peratus menjelang 2028, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 Dipertingkatkan Susulan Permintaan Tinggi

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.

U Mobile Lancar 5G Dalam 15-18 Bulan Lagi, IPO Sebelum Akhir 2025

KLANG, 17 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang, menurut Pengerusi Tan Sri Vincent Tan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Penjualan Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 Gariskan Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 bersetuju dengan cadangan Malaysia dalam menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan. 

Malaysia Tangani Pemerdagangan Sisa Di Peringkat Serantau, Global - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menangani isu pemerdagangan sisa di peringkat serantau dan global dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.